Rabu, 16 Januari 2013

Adab Membaca al-Qur'an

 
ANTARA ibadah sunat yang digalakkan dalam bulan Ramadhan, selain
sembahyang tarawih, ialah bertadarrus membaca (tilawah) al-Qur'an
al-Karim. Seperti ibadah yang lain, tilawah al-Qur'an juga punya
peraturan dan adabnya. Pembaca al-Qur'an (qari` / qari`ah)
sebaik-baiknya mengetahui dan mematuhi peraturan dan adab membaca
kitab suci itu. Perlu diketahui bahawa yang lebih utama (awla) bagi
ibadah tilawah al-Qur'an ialah kefahaman terhadap maksud atau
tafsiran ayat-ayatnya lalu mengamalkannya. Di samping itu
pembacaannya hendaklah mengikut hukum tajwid dan peraturan-peraturan
yang tertentu. Allah Taala berfirman, mafhumnya, "Orang-orang
yang telah kami datangkan al-Kitab sedangkan mereka membacanya
dengan bacaan yang sebenar-benarnya, maka mereka itulah yang beriman
kepadanya, dan barangsiapa ingkar terhadapnya maka merekalah
orang-orang yang rugi". (al-Baqarah : 121).

Mengiku t Ibnu 'Abbas, ayat "membacanya dengan bacaan yang
sebenar-benarnya" dalam di atas itu bermaksud: "memepelajarinya dan
benar-benar patuh mengamalkannya".

Mengikut Imam al-Ghazali : Bacaan al-Qur'an dengan sebenar-benar
bacaan itu ialah adanya persepaduan antara lidah, akal dan hati.
Lidah mentashihkan segala hurufnya, akal mentafsirkan segala maknanya
dan hati menerima pengajarannya, kesannya, tegahannya dan
suruhannya. Tersebut dalam sebuah kitab : Wajib ke atas qari
/ qariah ikhlas membaca al-Qur'an dengan mengqasadkan semata-mata
kerana Allah. Janagan diqasadkan kerana selain-Nya. Dalam kitab lain
tersebut : Makruh diambil al-Qur'an sebagai usaha untuk kehidupan
(mata pencarian), kerana mengikut satu riwayat, Rasulullah bersabda,
mafhumnya, "Barangsiapa membaca Qur'an, maka hendaklah meminta
(balasan) daripada Allah. Bahawa sesungguhnya nanti akan datang satu
kaum yang membaca Quran untuk mendapat balasan daripada manusia".

Be rikut adalah adab-adab membaca al-Qu'an sebagaimana yang
tersebut dalam kitab Mawradul-Zham`aan :

Sebelum membaca al-Qur'an hendaklah membersihkan badan dan mengambil
wudhuk. Jika sudah berwudhuk, mulut hendaklah dibersihkan.
Rasulullah bersabda, mafhumnya : "Sesungguhnya mulut kamu itu laluan
al-Qur'an, maka bersihkanlah ia dengan bersugi". Apabila wudhuk
terbatal, segeralah memberhentikan bacaan dan mengambil wudhuk
semula. Sunat berpakaian yang elok, bersih dan menutup aurat serta
memakai bau-bauan.

Tempat membaca al-qur'an hendaklah suci. Afdhalnya di masjid. Makruh
membaca di jalanan atau di tepi jalan, di dalam bilik mandi, di
pasar atau tempat perhimpunan orang yang dungu ataupun di tempat
yang tak selayaknya dengan kesucian dan kemuliaan al-Qur'an.
Hendaklah duduk mengadap kiblat dengan penuh ta'zhim, kepala
tertunduk dan tidak di dalam keadaan bersila. Jangan sekali-kali
duduk seperti duduk orang yang takabbur.

S ebelum memulakan bacaan, bacalah dulu ta'awwuz. Allah berfirman,
maksudnya : "Apabila engkau membaca al-Qur'an, bacalah t'awwuz (
A'uuzu billaahi minal-syaithaanil-rajiim )". Bacaan ta'awwuz ini
jika di khalayak boleh dibaca nyaring, tetapi jika tiada khlayak
untuk mendengarnya, lebih utama (awla) diperlahankan bacaannya, iaitu
seperti membacanya di dalam sembahyang. Kecuali bacaan al-Qur'an
tehenti lama, selama mengerjakan satu raka'at sembahynag, bacaan
ta'awwuz ini tidak dituntut untuk diulang lagi.

Hendaklah membaca tasmiyah (bismillaahil-Rahmaanil-Rahiim) pada awal
tiap-tiap surah kecuali surah al-Tawbah (Baraa`ah).
Ketika membaca, qari / qariah hendaklah di dalam keadaan sentiasa
mengingati bahawa dirinya diperhatikan oleh Allah_sebagaimana ketika
mengerjakan sembahyang juga.

Untuk menghormati atau memuliakan al-Qur'an, jangan teruskan bacaan
semasa menguap, kerana menguap itu tabiat syaitan. Selesai menguap
dengan sopan, b arulah menyambung semula bacaan.
Jangan tertawa atau bercakap bercampur-aduk dengan bacaan kecuali
kerana satu-satu hajat yang dharurat. Justeru, bacaan sebaik-baiknya
di tempat yang terasing agar tidak diganggu atau diajak bercakap
oleh orang lain. Bagaiamana pun qari / qari`ah boleh memutuskan
bacaannya untuk memberi salam atau untuk menjawab salam.

Sunat memutuskan bacaan untuk tujuan berikut :
1. mengucap "Al-hamdulillaah" selepas bersin,
2. mengucap "Yarhamukallaah" kepada orang yang bersin,
3. menjawab azan,
4. bangun menghormati ketibaan orang alim, orang shalih atau
orang yang dimuliakan, tetapi bukan dengan riyak.

Keseluruhan bacaan sebaik-baiknya (afdhal) dengan suara nyaring jika
bertujuan untuk didengar, disemak serta dimanfaatkan atau dihayati
oleh orang lain, atau pun untuk mengawal konsentrasi diri sendiri
terhadap bacaan atau untuk menghilangkan rasa jemu atau mengantuk.
Sebaliknya, jika ditakuti menjadi riyak atau akan mengganggu orang
yang sedang atau akan bersembahyang atau tidur, tidak digalakkan
membaca nyaring, yakni membaca perlahan adalah lebih afdhal. Suatu
masa di dalam masjid, Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya:
"Ketahuilah, setiap kamu bermunajat kepada Tuhan, maka janganlah
menyakiti (mengganggu) antara satu sama lain dan jangan antara kamu
mengangkat suara bacaan sehingga menggannggu yang lain. (HR.
Abu Dawud).

Dikatakan sunat juga suara bacaan al-Qur'an itu berselang-seli_sekali
perlahan sekali nyaring. Apabila terasa jemu atau mengantuk dengan
membaca perlahan, bacalah secara nyaring dan apabila terasa penat,
lalu kembali membaca perlahan sebagai istirahat.

Sunat bacaan secara tartil, serentak dengan tadabbur (penelitian)
dan tafahhum akan makna ayat-ayatnya. Allah berfirman, mafhumnya,
"Dan bacalah al-Qur'an itu (mantapkan bacaan) dengan perlahan-lahan
(tidak terlalu cepat)". (QS. 73 : 4), dan "Inilah kitab yang kami
turunkan kepadamu penuh dengan berkat agar mereka mentadabburkan
makna segala ayatnya dan agar mendapat pelajaran orang-orang yang
berfikitan". (QS. 38:29). Kata Ibnu 'Abbas, "Aku baca surah
al-Baqarah dan Ali 'Imran dengan tartil dan aku tadabburkan kedua
surah itu . Ini lebih aku suka daripada membaca dengan pantas
seluruh al-Quran". Apabila membaca ayat-ayat yang berkenaan, sunat
beristighfar, bershalawat, bersyukur, minta berlindung atau berdoa
dan sebagainya. Berkata 'Auf bin Malik, "Aku bersama dengan
Rasulullah yang membaca surah al-Baqarah pada suatu malam. Baginda
berhenti berdoa apabila membaca ayat mengenai rahmat dan meminta
berlindung dengan Allah apabila membaca ayat mengnai azab".
(HR. Abu Dawud dan al-Nisa`i).

Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Barangsiapa membaca surah al-Tiin
hingga akhir ayatnya, maka hendak berkata 'Balaa wa ana 'alaa
dzaalika minal-syaahidiin' (Bahkan, dan aku daripada mereka yang
me njadi saksi atas yang demikian itu); barang siapa membaca
surah al-Qiyaamah samapi selesai pada ayat, 'Alaysa dzaalika
biqaadirin 'alaa an yuhyiyal-mawtaa', maka hendaklah berkata,
'Balaa' (bahkan); dan barangsiapa membaca surah al-Mursalaat hingga
akhir ayatnya, maka hendaklah berkata, 'Aamannaa billaah' (Kami
beriman dengan Allah)"- (HR. Abu Dawud dan al-Tirmizi).

Al-Hakim meriwayatkan : Apabila selesai membaca ayat akhir surah
al-Mulk, iaitu "Faman ya`tiikum bimaa`in ma'iin" (Maka siapakah
yang memberikan kepada kamu air yang mengalir? , hendaklah berkata
"Allaahu Rabul-'Aalamiin" (Allah Tuhan seantiru alam) dan apabila
selesai membaca surah al-Dhuhaa, hendaklah mengucap takbir.
Bacaan-bacaan tambahan tersebut, selain sunat dibaca oleh qari /
qari`ah berkenaan, sunat juga dibaca oleh pendengar.

Pada ayat-ayat tertentu yang merupakan kata-kata orang kafir pula
disunatkan membacanya dengan perlahan (tidak nyaring). Diwayatkan :
Ibrahim al-Nakha'i membaca perlahan pada ayat "Wa qaalatil-Yahuudu
yadullaahi maghluulah" (Dan berkata orang-orang Yahudi, 'Tangan
Allah terbelenggu' - QS. 5:64) dan "Wa qaalatil-Yhuudu
'Uzayrunibnullaah" (Dan berkata orang-orang Yahudi: ''Uzayr anak
Allah' - QS. 9:30) .

Sunat membaca al-Qur'an sambil menangis. Rasulullah s.a.w bersabda,
mafhumnya, "Bacalah al-qur'an serta menangis. Jika tidak menangis
seberapa boleh menangislah". Kata Ibu 'Abbas, "Apabila kamu baca ayat
Sajadah, maka jangan kamu segera sujud sehingga kamu menangis. Jika
tidak menangis, hendaklah menangis di dalam hati". Sesungguhnya yang
mendorongkan tangisan itu ialah menjadikan hati dukacita". Daripada
dukacita itulah tercetusnya tangisan. Rasulullah bersabda,
mafhumnya, "Bahawa al-qur'an itu diturunkan dengan dukacita, maka
apabila kamu membacanya, hendaklah dengan hati yang
dukacita". Timbulnya dukacita itu ialah dengan mengingati dan
mengamati perbuatan yang dim urkai Allah serta mengingati
kecuaian mentaati perintah dan tegahan-Nya, lalu tercetuslah
tangisan. Diriwayatkan, bahawa menangis ketika membaca al-Qur'an itu
ialah sifat orang-rang shalihin dan 'arifin.

Sunat memelihara hak ayat-ayat yang dibaca, iaitu hendaklah
melakukan sujud al-Tilawah (sudut Sajadah) apabila membaca ayat-ayat
Sajadah. Terdapat 14 tempat (ayat Sajadah) di dalam al-Qur'an :
masing-maasing satu ayat dalam surah al-A'raaf, al-Ra'd, al-Nahl,
al-Israa`, Maryam, dua dalam surah al-Hajj, masing-masing satu ayat
dalam surah al-Furqaan, al-Naml, Alif-laam-mimm al-Sajadah, Haa-miim
al-Sajadah, al-Najm, al-Insyiqaaq dan al-Qalam. Selain itu, ayat
Sajadah dalam surah Shaad disunatkan melakukan sujud Syukur.
Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Nabi Dawud Sujud kerana taubat dan
kami sujud kerana syukur" - (HR. al-Nasa`ii).

Dalam setiap sujud Syukur dan Tilawah itu disunatkan membaca
doa yang tertentu. Syarat-syaratnya pula sama dengan syarat-syarat
mendirikan sembahyang, iaitu berwudhu', menutup aurat, mengadap
kiblat dan tempat, pakaian serta tubuh badan yang suci.
Apabila selesai bacaan, disunatkan mentashdiqkan Allah dan naik
saksi tentang tabligh Rasul-Nya, iaitu : Shadaqallaahul-'Azhiim wa
ballagha Rasuuluhul-kariim wa nahnu 'alaa dzaalika minal-Syaahidiin.
Kemudian disunatkan pula berdoa : Allaahummaj'alnaa min
syuhadaa`il-haqqil-qaa`iminna bil-qisth. Kemudian ditambah dengan
mana-mana doa pilihan yang lain. Akhirnya, apabila khatam bacaan,
bacalah doa Khatam al-Qur'an. Demikianlah adab-adab membaca al-Qur'an
al-Karim. Dengan mengamalkannya, mudah-mudahan akan mendapat berkat
dan keridhaan Allah, insya Allah.

Wallahu a'lam.

Artikel Terkait